PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2012
Pusat Sumber Sekolah Menengah Setia Alam
telah dikahskan di tingkat bawah blok A. Ia telah sedia ada semenjak sekolah
ini dibuka lagi pada tahun 2011. Pusat Sumber ini telah dapat beroperasi
sepenuhnya pada bulan April 2012. Buku yang ada pada masa ini sebanyak 1700
buah sahaja yang mana masih belum mencukupi lagi untuk kegunaan murid-murid SMK
Setia Alam yang seramai 632 orang. Pusat Sumber ini hanya dibekalkan dengan
sebuah computer tanpa perisian pusat sumber. Murid-murid yang ingin meminjam
buku mereka masih menggunakan kad peminjaman secara manual.
PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2013
Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah
mengorak langkah bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya. PSS pada
tahun ini telah Berjaya membeli 3 buah computer dengan bantuan Encik Mohamad
Hambal bin Hashim. PSS juga telah mampu membeli perisian pusat sumber ‘SLS 30’
pada tahun ini. Sepanjang tahun 2013, pengawas-pengawas PSS telah
bertungkus-lumus memasukkan data buku ke dalam computer agar pada tahun 2014
peminjaman dan pemulangan buku dapat dijalankan secara automatik.
PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2014
Pada tahun 2014, PSS meneruskan aktiviti
sama seperti tahun 2013. Guru PSS yang berada di PSS bertambah sebanyak 3
orang. Pengawas PSS yang lama dan baru telah berganding bahu menjalankan tugas
seperti yang diarahkan. Mereka bekerja dengan tekun dan sabar.Tidak banyak
aktiviti yang dapat dilaksanakan pada tahun ini namun PSS Berjaya melaksanakan
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Proses Teknik Buku untuk guru-guru,
Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah, pameran dan jualan buku, Program DEAR (Drop
Everything and Read), membaca sinopsis buku, kuiz panitia mata pelajaran,
pameran setem oleh Pos Malaysia serta turut menjadi ahli Kelab Setem Pos Malaysia,
Majlis Pelantikan Pengawas PSS, pemberian sijil pembaca terbanyak dan murid
yang Berjaya menjadi Rakan Pembaca dan penganjuran Minggu PSS. PSS Berjaya
membeli satu pencetak berwarna dan sebuah kamera. PSS juga telah berjaya
mendapat peruntukan untuk mengadakan Bengkel Penggunaan Perisian Pusat Sumber
dan menambahkan perisian statistik.
PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2015
Pada tahun 2015, PSS meneruskan aktiviti
sama seperti tahun 2014. Guru PSS yang berada di PSS bertambah kepada 5 orang.
Pengawas PSS yang lama dan baru telah berganding bahu menjalankan tugas seperti
yang diarahkan. Mereka bekerja dengan tekun dan sabar.Antara aktiviti yang
dapat dilaksanakan pada tahun ini ialah pelancaran serta pengisian NILAM,
Literasi Maklumat iaitu mencari maklumat daripada sebuah buku dan mencari
maklumat di PSS, pameran dan jualan buku, Program DEAR (Drop Everything
and Read), membaca sinopsis buku, kuiz
bulanan PSS, minggu PSS, pameran setem oleh Pos Malaysia, majlis pelantikan
pengawas PSS, pemberian sijil pembaca terbanyak dan murid yang berjaya yang
menjadi Rakan pembaca dan Minggu PSS. Guru Perpustakaan dan Media berpeluang
mengikuti rombongan penanda aras Pusat Sumber Sekolah di Kuala berang,
Terengganu. Seramai 27 orang pengawas PSS telah mengikuti kursus kepimpinan dan
jati diri anjuran Hal Ehwal Murid di Cameron Highland. Pengawas-pengawas PSS juga berpeluang bersama dengan badan
pengawas sekolah dan koperasi sekolah mengadakan majlis minum petang. Pada
akhir tahun 2015, guru perpustakaan dan media telah membuat pengubahsuain dari
segi susun atur PSS agar lebih selesa untuk kegunaan pada tahun berikutnya.
PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2016
Pada tahun 2016, PSS masih lagi meneruskan aktiviti yang dirancang dengan beberapa penambahbaikan. Pada awal tahun, bilangan pengawas PSS ditambah dan mereka diajar untuk melakukan tugas-tugas asas di sini. Bilangan buku juga semakin bertambah sesuai untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai. Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan termasuklah pelancaran serta pengisian NILAM,
Literasi Maklumat iaitu mencari maklumat daripada sebuah buku dan mencari
maklumat di PSS, pameran dan jualan buku, Program DEAR (Drop Everything
and Read), membaca sinopsis buku, kuiz
bulanan PSS, minggu PSS, pameran setem oleh Pos Malaysia, majlis pelantikan
pengawas PSS, pemberian sijil pembaca terbanyak dan murid yang berjaya yang
menjadi Rakan pembaca dan Minggu PSS. Sedikit pembaharuan telah dilakukan pada AJK guru iaitu guru-guru dibahagikan kepada 6 unit iaitu Guru Perpustakaan, Guru BBM, Guru Bank Soalan, Guru Perkembangan Staf, Guru Nilam dan Guru Bertugas. Guru yang bertugas akan turun ke PSS mengikut jadual penggiliran bagi memastikan PSS berada dalam keadaan yang kondusif.
PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2017
Tahun 2017 merupakan tahun lebih mencabar dan banyak perubahan telah dilakukan. Jumlah AJK guru pada mulanya 6 unit telah ditambah kepada 9 unit iaitu Unit Perpustakaan/BBM & Arkib, Unit ICT & Multimedia, Unit Disiplin & Pengawas PSS, Unit Keceriaan, Unit Projek Khas, Unit Penerbitan & Buletin, Unit NILAM dan Unit Bank Soalan.
No comments:
Post a Comment