Wednesday, 20 September 2017

PELAN LOKASI PSS SMK SETIA ALAM


FUNGSI DAN PERANAN PSS SMK SETIA ALAM

FUNGSI DAN PERANAN PSS

     Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat.

     Pusat Sumber SMK Setia Alam akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF PSS SMK SETIA ALAM



OBJEKTIF PSS

1.      Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2.      Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan   pembelajaran di pusat sumber
3.      Meningkatkan profesionalisme guru
4.      Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5.      Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

MATLAMAT PSS SMK SETIA ALAM



MATLAMAT PSS


  1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. 
  2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan negara. 
  3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

PIAGAM PSS SMK SETIA ALAM



PIAGAM PSS

Kami warga pusat sumber SMKSA dengan janji  ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan:

  1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar. 
  2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik kea rah kecemerlangan pelajar. 
  3. Mewujudkan iklan pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran. 
  4. Sentiasa peka dan responsive kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan.

MISI PSS SMK SETIA ALAM



MISI


  1. Memajukan pusat sumber sekolah melalui: memperbanyakkan koleksi bahan yang diuruskan secara sistematik
  2. Meningkatkan penggunaan di kalangan warga sekolah dan 
  3. Menyemaikan budaya membaca yang berterusan di kalangan murid

VISI PSS SMK SETIA ALAM



VISI

Pusat sumber sekolah sebagai pusat mencari dan menimba ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri setiap warga sekolah.

Wednesday, 13 September 2017

SEJARAH PENUBUHAN PSS SMK SETIA ALAM



PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2012

    Pusat Sumber Sekolah Menengah Setia Alam telah dikahskan di tingkat bawah blok A. Ia telah sedia ada semenjak sekolah ini dibuka lagi pada tahun 2011. Pusat Sumber ini telah dapat beroperasi sepenuhnya pada bulan April 2012. Buku yang ada pada masa ini sebanyak 1700 buah sahaja yang mana masih belum mencukupi lagi untuk kegunaan murid-murid SMK Setia Alam yang seramai 632 orang. Pusat Sumber ini hanya dibekalkan dengan sebuah computer tanpa perisian pusat sumber. Murid-murid yang ingin meminjam buku mereka masih menggunakan kad peminjaman secara manual.

PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2013

    Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengorak langkah bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya. PSS pada tahun ini telah Berjaya membeli 3 buah computer dengan bantuan Encik Mohamad Hambal bin Hashim. PSS juga telah mampu membeli perisian pusat sumber ‘SLS 30’ pada tahun ini. Sepanjang tahun 2013, pengawas-pengawas PSS telah bertungkus-lumus memasukkan data buku ke dalam computer agar pada tahun 2014 peminjaman dan pemulangan buku dapat dijalankan secara automatik.

PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2014

    Pada tahun 2014, PSS meneruskan aktiviti sama seperti tahun 2013. Guru PSS yang berada di PSS bertambah sebanyak 3 orang. Pengawas PSS yang lama dan baru telah berganding bahu menjalankan tugas seperti yang diarahkan. Mereka bekerja dengan tekun dan sabar.Tidak banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan pada tahun ini namun PSS Berjaya melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Proses Teknik Buku untuk guru-guru, Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah, pameran dan jualan buku, Program DEAR (Drop Everything and Read), membaca sinopsis buku, kuiz panitia mata pelajaran, pameran setem oleh Pos Malaysia serta turut menjadi ahli Kelab Setem Pos Malaysia, Majlis Pelantikan Pengawas PSS, pemberian sijil pembaca terbanyak dan murid yang Berjaya menjadi Rakan Pembaca dan penganjuran Minggu PSS. PSS Berjaya membeli satu pencetak berwarna dan sebuah kamera. PSS juga telah berjaya mendapat peruntukan untuk mengadakan Bengkel Penggunaan Perisian Pusat Sumber dan menambahkan perisian statistik.

PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2015

    Pada tahun 2015, PSS meneruskan aktiviti sama seperti tahun 2014. Guru PSS yang berada di PSS bertambah kepada 5 orang. Pengawas PSS yang lama dan baru telah berganding bahu menjalankan tugas seperti yang diarahkan. Mereka bekerja dengan tekun dan sabar.Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan pada tahun ini ialah pelancaran serta pengisian NILAM, Literasi Maklumat iaitu mencari maklumat daripada sebuah buku dan mencari maklumat di PSS, pameran dan jualan buku, Program DEAR (Drop Everything and  Read), membaca sinopsis buku, kuiz bulanan PSS, minggu PSS, pameran setem oleh Pos Malaysia, majlis pelantikan pengawas PSS, pemberian sijil pembaca terbanyak dan murid yang berjaya yang menjadi Rakan pembaca dan Minggu PSS. Guru Perpustakaan dan Media berpeluang mengikuti rombongan penanda aras Pusat Sumber Sekolah di Kuala berang, Terengganu. Seramai 27 orang pengawas PSS telah mengikuti kursus kepimpinan dan jati diri anjuran Hal Ehwal Murid di Cameron Highland. Pengawas-pengawas  PSS juga berpeluang bersama dengan badan pengawas sekolah dan koperasi sekolah mengadakan majlis minum petang. Pada akhir tahun 2015, guru perpustakaan dan media telah membuat pengubahsuain dari segi susun atur PSS agar lebih selesa untuk kegunaan pada tahun berikutnya.

PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2016 
 
     Pada tahun 2016, PSS masih lagi meneruskan aktiviti yang dirancang dengan beberapa penambahbaikan. Pada awal tahun, bilangan pengawas PSS ditambah dan mereka diajar untuk melakukan tugas-tugas asas di sini. Bilangan buku juga semakin bertambah sesuai untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai. Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan termasuklah pelancaran serta pengisian NILAM, Literasi Maklumat iaitu mencari maklumat daripada sebuah buku dan mencari maklumat di PSS, pameran dan jualan buku, Program DEAR (Drop Everything and  Read), membaca sinopsis buku, kuiz bulanan PSS, minggu PSS, pameran setem oleh Pos Malaysia, majlis pelantikan pengawas PSS, pemberian sijil pembaca terbanyak dan murid yang berjaya yang menjadi Rakan pembaca dan Minggu PSS. Sedikit pembaharuan telah dilakukan pada AJK guru iaitu guru-guru dibahagikan kepada 6 unit iaitu Guru Perpustakaan, Guru BBM, Guru Bank Soalan, Guru Perkembangan Staf, Guru Nilam dan Guru Bertugas. Guru yang bertugas akan turun ke PSS mengikut jadual penggiliran bagi memastikan PSS berada dalam keadaan yang kondusif.

PUSAT SUMBER SMK SETIA ALAM 2017
 
Tahun 2017 merupakan tahun lebih mencabar dan banyak perubahan telah dilakukan. Jumlah AJK guru pada mulanya 6 unit telah ditambah kepada 9 unit iaitu Unit Perpustakaan/BBM & Arkib, Unit ICT & Multimedia, Unit Disiplin & Pengawas PSS, Unit Keceriaan, Unit Projek Khas, Unit Penerbitan & Buletin, Unit NILAM dan Unit Bank Soalan.






CARTA ORGANISASI AJK INDUK PSS 2018